Malaikat berkata, “ Yang demikian itu, Tuhanmu berkata itu adalah perkara yang senang bagiku. Untuk kami menjadikan anak itu sebagai bukti kebesaran-Nya kepada manusia dan rahmat kepada kami. Sesungguhnya perkara ini telah diutuskan."
Mariam A.S secara tiba-tiba diuji, dia mengandungkan seorang
bayi, lalu dia mengasingkan dirinya. Kerana dia risau, dengan salah sangka masyarakat
yang akan mengetahui mengenainya namun mereka tidak tahu kebenarannya.
Lihatlah betapa besar ujian kepada orang yang Allah SW
sayang. Susah untuk dijelaskan dengan sebaris ayat atau sepatah kata.
Mariam berkata, “ Apakah pandangan masyarakat apabila seorang perempuan yang mengandung
tanpa mempunyai suami.”
Masha Allah. Bagaimanakah perasaan Mariam untuk menerima ujian
itu sepanjang tempoh sembilan bulan kandungannya. Banyak kesalahan kita disisi
Allah SWT, tetapi Mariam ketika itu tidak melakukan sebarang kesalahan.
Semua perkara ini datang secara tiba-tiba. Ketika dia
beribadat, mengasingkan diri untuk beribadat. Allah SWT menguji Mariam,
mengandung secara tiba-tiba tanpa suami. Tidak tertanggung perasaannya ketika
itu, sebagai seorang wanita yang lembut hatinya.
Mungkin perasaannya kekal cekal dan menyakini bahawa Allah
mengetahui segalanya. Namun, berat baginya untuk menghadapi pandangan
masyarakat keatasnya kelak.
Mariam lalu membawa dirinya jauh kedalam pengasingan, dimana
jauh dari orang ramai.
“ Maka datanglah kesakitan ketika Mariam ingin melahirkan kandungan itu,
lalu dia bersandar di sepohon pokok kurma. Kesakitan seorang ibu demi anaknya.
Namun, manusia zaman ini. Walau sedikit ujian dari Allah,
akan dikatakan bagi mereka itu sebuah ujian yang sangat besar malah ada yang
mengeluh kerananya. Sedangkan sungguh jauh ujian untuk kita dan ujian untuk
Mariam.
Mariam pun berkata, “ Alangkah lebih baik jika aku mati
sebelum ini, dan aku akan dilupai “.
Manusia. Apabila dia melalui ujian yang berat, apabila
terasa beban yang besar untuknya meneruskan kehidupan. Dia akan berkata, ‘Ya
Allah, Matikanlah Aku Ya Allah, Sesungguhnya Aku Tidak Mampu Lagi Mengharungi
Ujian Dari Mu.’
Namun, Mariam berkata sedemikian bukan kerana dia terasa
beban dengan ujian yang diberi dari Allah. Dan bukan juga kerana dia tidak
mampu lagi untuk meneruskan kehidupan tetapi, adalah kerana dia bimbang, sukar
baginya untuk menghadapi fitnah setelah kelahiran kadungannya itu.
Tidak cukup dengan kebimbangan ketika mengandungkan bayi
itu, tetapi kebimbangan kepada keadaan selepas melahirkan bayi itu. Sesungguhnya
Ujian dari Allah adalah sulit, dan ia tidak dimaklumkan kepada manusia yang
bakal diujinya. Sedangkan ada diantara para nabi yang diuji ketika berjuang
sehingga ditakdirkan mati dibunuh, dan ada yang mati dibakar kerana
mempertahankan akidah Islam.
Perjuangan bukanlah bererti untuk menang sekarang, kerana
mungkin engkau akan mati hari ini tetapi generasi akan dating, generasi yang
engkau wariskan akan memenanginya untuk perjuangan yang telah engkau mulakan
untuk mempertahankan sesuatu.
Ingatlah.
Perjuangan bukan bermula dengan kita ingin memperoleh
kemenangan semata-mata, sebaliknya kerana niat kita berjuang untuk
mempertahankan sesuatu dan menutip pahala dari amalan yang kita lakukan. Kita
mengutip blasan dari Allah SWT, kita berharap Allah SWT akan mengampunkan dosa
kita dan diberikan ganjaran untuknya.
By: Faiz Marjan
No comments:
Post a Comment