Friday, February 1, 2013

Tips Memilih Baju Wanita yang Tepat

7 Tips memilih baju wanita yang mesti Anda tahu:



1. Pakaian wanita yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan

2. Baju wanita tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.

3. Tidak ada kata ‘maaf’ untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan ‘G-string’.

4. Klik Link Okay . =,=' Segan nak taip . Ops '

5. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.

6. Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.

7. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju wanita yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.

Kasut Tumit tinggi yang cantik ~ tapi bahaya ke ?
baca entry bawah ni pulak sebagai nasihat skit , okay :)






Sedikit FAKTA untuk wanita :


LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang
setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ
dalaman dan kesuburan wanita.

"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi
dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."

Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti
termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula
memakainya.
Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula, model Agensi Miu Miu dan Mourets
dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi.
Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh
membuatkan rambut gugur.
Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut
bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut
buncit.


"Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai
visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah
keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk
bekerja," katanya.
Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia
tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.




Moy menambah: "Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian
kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas
tubuh.

FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi
* Jejaskan peluang untuk dapat anak
* Punca rambut gugur
Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan
wanita
* Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
* Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid

 ini untuk perkongsian bersama... sebenarnya ia merupakan satu nasihat buat saya jugak.. sebab suka sngat pakai kasut tumit tinggi.. al-maklumla dirinie x tinggi mane pun.. huhuuhuuhuhuhuhuhu

No comments:

Post a Comment