Assalamualaikum
Kau tengok atas tu , tub tub! tajuk je dah macam kau tu hot sangat kan Faiz Marjan ? Bajet macam some kind of an important person lah tu, Mr. F lah bagai ? padahal memang apa pun tak ada! viewer pun baru bape keping je, tu pun yang singgah sume kawan-kawan yang kau tag kat facebook tu, nak kata masa depan ? pun belum tentu kau jadi insan yang important kat dunia ni, hehe! (muhasabah diri sikit). haha , tetapi apa-apa pun hidup mesti diteruskan walau sapa pun dirikau pada masa lalu, kini dan mungkin masa depan (if panjang umur) Pada yang tak kenal siapakah gerangan si penulis blog ini ? I am Faiz Marjan atau nama penuhnya Faiz Bin Marjan ! hah same je kan nickname aku ngan nama penuh aku ==' tak ada beza lah.
menjawat jawatan sebagai seorang baby , peoples used to call me Bulat ! |
Kau nak tahu lagi sapa aku ni ? Artis ? Bukan. Anak Datuk K ke ? Eh, Bukan ler. Abis kau ni anak dak Lisa Surihani ngan dak Yusri ke ? Eh, Bukan diorang baru je kahwin ke, agak-agak lah anak wey! Abis kau ni gebang-gebang, kau ni Book Writer ke ? Agak-agak la wa gebang! hahaha. Tapi aku teringin jugak sebenarnya nak jadi official writer tapi sebabkan sekarang aku tak pandai nak bahagikan masa untuk menulis 'something' , so aku pnya minat pun terabai. macam hidup aku jugak, diabaikan ! Alhamdulillah, setakat ni dua tiga penulisan yang pernah aku buat telah pun menang dimana-mana competition yang aku dah masuk walaupun bukan tempat PERTAMA KEDUA dan KETIGA! (Sedih). Tapi takpe, sebab waktu aku form 2 aku pernah masuk pertandingan mengarang puisi untuk majalah gadjet, and aku menang tempat ke-2 dalam kalangan semua penyertaan satu Malayisia ni ! tapi oleh sebab time tu adik beradik aku ramai tengah study dan tak ada masa, hadiah yang aku menang tu aku tak amik pun, sebab pusat penebusan hadiah kat KL , kecewa sangat time tu !
Aku popular tak kat dunia maya ni ? Hah, soalan macam market sangat lah pulak. Nak tahu? cuba goggle F A I Z M A R J A N kejap , apa hal yang pasal aku semua kat tangga teratas google kan ? huh, popular kan aku ? ahha , perasan wey. Kau nak tahu kenapa hal-hal pasal aku ni berada di tangga teratas searching google tu apabila kau orang semua google nama aku? curious kan?
Mesti kau ingat aku ada affairs dengan tokey google kan? tak pun mesti korang nak jugak nama korang jadi cam aku! ahha, sebenarnya bukan sebab aku popular pun, sebab nama bapak aku popular woi! M A R J A N ? siapa kat dunia ni yang namanya macam ni wey, cuba cari, mustahil korang tak jumpa, jumpa tu jumpa tapi dalam jumlah yang sangat sedikit. Sikit sangatkan orang yang sama nama ngan ayah aku ni kan ? so thank you ye En. Marjan and his father Allahyarham Selamat Bin Diman :)
Aku ni merupakan seorang blogger lelaki yang sangat baru yang masih cetek dengan pelbagai ilmu-ilmu asas berkaitan blog ni. Berumur 20 tahun 5 Bulan dan sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Hal-Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM) dibawah sokongan pinjaman dari PTPTN. dan tak lupa merupakan anak ke 5 dari 6 adik-beradik kepada pasangan En. Marjan dan Puan. Azizah.
Anak Pertama : Lenny Marlina ( Along )
Anak Kedua : Nadia ( Angah )
Anak Ketiga : Farrahana ( Uda )
Anak Keempat : Mahathir ( Abang )
Anak Keenam : Muhammad Nurman Hakim ( Adik )
APA ADA DALAM BLOG NI ?
Blog ni adalah ruangan aku nak menaip, berkongsi apa-apa info dan nak share anything yang aku rasa perlu dikongsi dengan kawan-kawan dan orang ramai. Blog aku ni diberi nama mutiarakesayangansyurga. Jangan tanya kenapa panjang sangat! nanti aku bagi tahu kenapa. Sebelum ni aku aku Blog yang aku beri nama hazardfaiz, blog tu dibuat waktu aku form 6 dulu. Kawan aku si Fairuzah Jaafar lah yang telah bertanggungjawab tolong register dan setting kan blog tu, tapi sayang seribu kali sayang blog tersebut telah corrupted code pada tanggal April yang lalu. so terpaksa buat baru yang aku tukar ke macam-macam nama url tapi aku tetap tak puas hati nak dibandingkan dengan blog lama aku tu, dan last2 aku refresh code dan settings balik segala coding yang ada dengan kepakaran tahap ciput aku ni, dah malam ni aku akhirnya berjaya perbaiki url asal aku iaitu hazardfaiz.blogspot.com !
Giler Kentang plak ability aku malam ni ! haha~ perasantan lah tu ? nasib je kot , syukur-ii
Blog aku ni standard deviation dia di tahap biasa-biasa saja, tak de lah best sangat macam kebanyakkan blog budak perempuan. Biasalah, perempuan ni bila menulis lain sikit, mood dan idea diorang bila dah bersatu, macam KoKo Crunch mencurah-curah ke ladang gandum. Tapi apa pun, blog aku ni macam nota, diari jugaklah bagi aku untuk aku ulang baca balik apa-apa yang aku dah tulis and share kat sini. Kadang-kadang tergelak jugak lah baca post-post lama, sebab bayangkan kau dah masuk universiti then baca blik karangan kau masa sekolah menengah? kan isi dia tunggang terbalik macam biol-biol sikit kau time tu. haha! macam tu lah perasaan dia bila aku baca balik blog aku ni, tak pecaya ? kau cuba baca cerita aku yang lepas-lepas ni. (promote)
Aku selalunya jarang update Blog. Bukan tak sanggup nak hadap komputer ni lama-lama cuma kalau bleh nak share benda-benda yang cambest je bagi aku. Yang tak best, biar aku simpan dalam kepala otak aku sendiri. Contohnya lah kalau macam last election PRU-13, aku adalah kakitangan SPR. Alhamdulillah kerja aku okay, tak ada corrupted dan 'black-out' kat pusat jagaan aku, so aku diam je lah. Aku malas nak amik port back-up SPR pasal isu tu kat tempat lain, nanti ada pulak yang BAN aku dari friendlist dorang kata aku macai hape lah then gaduh-gaduh ngan aku. Apa-apa pun aku memang No Komen, kalau betul benda tu berlaku, harap-harap tuhan tunjukkan kebenarannya and kalau tak pun harap-harap tuhan tunjukkan kebenarannya jugak. Amin
Yang pasti, salah satu sebab aku buat blog ni bukan je untuk share cerita-cerita yang cambest tapi sebab aku nak tambah kenalan melalui Google followers. Cuba kau bayangkan if ada beratus-ratus followers blog kau jadi kawan kat dunia realiti ni then bila kau ajak turun town lepak sama-sama, wah syok! kan happening tuu ! bayangkan kau nampak ada seratus orang bebudak jalan seiring and beramai-ramai kat Mahkota Parade to Dataran Pahlawan. What the hell is it ? Mesti kau terkejut kan, yelah mana pernah dibuat orang sebelum ni, kau tak nak try ke ? haha! so, macam tu lah Mimpi-mimpi aku pasal menblogkan diri aku ni.
Nak harapkan member facebook aku kan? ada 3k lebih tapi yang aku kenal/pernah jumpa adalah 1.5k , yang lain hampas aku tak kenal, tapi ada jugak yang aku tak kenal tapi aku pernah chat jugak ngan dorang, tak kisah lah laki ke perempuan aku chat je, alah kawan je kot, bukan nak ajak kahwin tu. haha! aku jarang IM tapi pernah jugak, selalunya aku akan chat ngan foreigner sebab dorang selalu amazing friends yang akan cerita banyak benda baru kat kau. tak dapat melancong luar negara kan? dapat dengar cerita pun jadilah. Setakat ni kawan-kawan yang aku masih contact ramai jugak, mostly dari Britain and America tapi yang aku selalu chat sekarang adalah friends facebook aku dari Spain, France, Japan, Korean dan Indonesia. Sebab tu lah aku ada blog readers from kind of flag dari negara-negara luar dari Malaysia ni kat blog lama aku, tapi apa kan daya lepas aku terpaksa buat blog baru. Dah kurang dah visitors dari luar sebab URL aku susah dihafal oleh orang bukan Malaysia !
KEPADA TAJUK BLOG KAU PANJANG SANGAT ?
mutiarakesayangansyurga
URL : hazardfaiz.blogspot.com
URL : hazardfaiz.blogspot.com
Azizah bermasud Kesayangan ; Kasih Sayang ; Berharga ; Kekuatan ; Dihormati ; Mulia
Faiz bermaksud Yang Berjaya
Kesimpulannya :
Mutiara Kesayangan Syurga diuruskan oleh Yang Berjaya . in Sha Allah :)
Yang Benar,
Wow, panjang lebar tentng biodatanya. Bagus juga senang rakan-rakan maya lain nak berkenalan.
ReplyDeletehaha.saja berkongsi untuk sesi perkenalanan dengan kawan-kawan :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletein sha allah . ap2 pun laptop kna tggu repair dulu , hehe :D
ReplyDelete