Wednesday, February 3, 2016

Pembiakan Arnab Secara Kecil-kecilan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

It is 2016 and gratefully, I'm still alive :)
Alhamdulillah ...

Secara rasminya aku dah dua bulan tamat praktikal pada penghujung Novermber, 2015 dan bakal graduate dari Universiti Utara Malaysia on Oktober or November, 2016. 

Memandangkan aku sekarang dah menetap di rumah parents kat Muar, Johor. Dengan masa yang terluang ni, aku nak cuba pelihara balik arnab yang sekarang di rumah tinggal tiga ekor dimana semuanya berjantina jantan. Kesian mereka semua kesunyian sejak tahun lepas :(

Oleh itu, aku nak kongsikan tips penjagaan arnab yang telah aku praktikkan semenjak dulu lagi, dalam proses pembiakkan arnab secara kecil-kecilan.



Proses Pembiakan Arnab




PERINGKAT AWAL:

1. Pilih seekor anak jantan dan seekor arnab betina yang ingin dikahwinkan. Untuk mengenal pasti jantina arnab, boleh rujuk pada gambaran yang telah disediakan di bahagian penghujung tips.

2. Pastikan arnab berumur empat bulan keatas dari tarikh ia dilahirkan. Ini kerana waktu itu, arnab dijangka sudah mencapai tahap matang dan bersedia untuk membiak. 

3. Masukkan arnab betina ke dalam sangkar arnab jantan, bukan sebaliknya. Ini kerana, arnab betina mempunyai sikap territorial behaviour di mana ia akan rasa terancam jika arnab lain memasuki kawasannya; ia akan menyerang arnab yang telah memasuki kawasan tidak kira jantan atau betina. Masa mengawan adalah untuk tempoh 5-10 minit. Jangan tinggalkan arnab betina lebih daripada tempoh tempoh mengawan untuk menjaga kesuburan arnab tersebut. Proses mengawan selalunya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang, dimana waktu tengahari perlu dielakkan kerana cuaca panas akan mengganggu kesuburan arnab tersebut ketika mengawan.


Soalan: Berapa kali kah tempoh mengawan yang sesuai?

Jawapan: Tiga kali dalam seminggu. Namun demikian, ada juga penternak yang melakukan proses mengawan dua kali sehari dan arnab jantan akan direhatkan selang tiga hari bagi memelihara kesuburannya. 


Soalan: Bagaimanakah untuk memastikan proses mengawan telah berjaya dilakukan?

Jawapan: Apabila arnab jantan telah selesai memanjat bahagian belakang arnab dan melakukan pensenyawaan, arnab tersebut akan menjatuhkan badannya kebelakang atau ke sisi selepas melakukan proses mengawan. 


PERINGKAT BUNTING:

1. Arnab betina akan bunting selama 29 hingga 31 hari / sebulan. Dimana bunting berat akan berlaku pada minggu keempat, dimana arnab betina akan mencabut bulu-bulunya bagi membuat sarang sebelum melahirkan anak. Oleh yang demikian, kotak beranak perlu disediakan lebih awal di dalam sarangnya. Arnab tersebut perlulah dibiarkan bersendirian secara aman semasa tempoh kelahiran anak anak arnab. Berdasarkan pengalaman, arnab selalunya melahirkan anak pada waktu awal pagi atau waktu hujan (sejuk).



2. Selepas anak arnab dilahirkan. Sila pastikan anak anak arnab berada di dalam kotak beranak bagi mengelakkan ia mati kerana kesejukkan. Jika anda telah memegang anak arnab tersebut, tangan yang memegang anak arnab itu perlulah disapukan pada hidung ibu arnab supaya ia tidak membunuh arnab tersebut kerana mengesan bau asing pada badan anaknya.

3. Anak arnab akan diberikan susu ibu dari hari pertama ia dilahirkan sehingga hari ke-14. Hanya pada minggu ketiga, anak arnab akan belajar untuk memakan pallet makanan ibunya. Pemerian susu ibu adalah sebanyak sekali atau dua kali sehari.

a) Arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam.
b) Jika anda khuatir arnab betina tidak menyusukan anaknya. Anda bolehlah membantu ia menyusukan anaknya dengan memegang ibu arnab secara megiring dan menempatkan anaknya secara bergilir gilir di kantung susu ibu arnab sepanjang tempoh penyusuan.
c) Jika anaknya melebihi dari bilangan puting, ianya perlu diberikan kepada ibu angkat yang mempunyai anak yang sedikit. Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah melahirkan anak dalam masa 48 jam selepas anak itu lahir. Anak arnab yang diberi pada ibu angkat perlu ditandakan untuk pengecaman. Untuk mengelakkan ibu angkat menolak anak arnab tumpang itu, Sejenis wangian perlu disapukan kepada ibu arnab dan semua anak-anaknya yang berada di dalam kotak. Wangian tersebut berfungsi untuk menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.


Ibu arnab dibaringkan secara mengiring (dipegang) untuk menyusukan anaknya


4. Anak arnab dibiarkan di dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila berumur sebulan dan sebaik-baiknya 7 mingguSelepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan samada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan penggemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatat dari semasa ke semasa. Pengasingan perlu dilakukan dengan meletakkan anak yang hendak dijadikan baka di dalam sangkar individu atau 2 ekor sesangkar. Anak-anak yang tidak terpilih boleh disimpan di dalam sangkar secara kumpulan selama 30 ke 45 hari lagi.


Soalan: Bagaimana mengesan bunting palsu?

Jawapan: Arnab betina akan mula mencabut bulunya seawal minggu kedua dan bukanlah pada minggu keempat. Ketika ini, arnab betina ini perlulah dikahwinkan semula dengan arnab jantan.


Soalan: Bagaimana keadaan anak arnab sewaktu ia dilahirkan?

JawapanAnak-anak arnab yang baru lahir adalah tidak berbulu, buta dan pekak. Bulu di badan akan tumbuh secara beransur-ansur dalam minggu pertama (secara minimum) dan minggu kedua (lebih lebat). Penglihatan dan pendengaran anak arnab hanya akan berfungsi pada hari ke 7 hingga 10.


Soalan: Bilakah arnab betina boleh dikahwinkan semula?

Jawapan: Arnab betina boleh dikahwinkan semula untuk tempoh 24 jam selepas melahirkan anak. Namu demikian, ia adalah sangat tidak digalakkan kerana akan menjejaskan tahap kesuburan arnab tersebut pada masa yang akan datang. Seelok-eloknya, arnab tersebut boleh dikahwinkan semula setelah sebulan dari tarikh ia melahirkan anak. 


Soalan: Mengapa anak arnab perlu diberikan susu awalan?

Jawapan: Susu awalan juga boleh diberikan hanya pada hari pertama. Ia sangat penting kerana mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak arnab. Selepas tempoh tersebut, adalah dibenarkan untuk anak arnab diberikan susu biasa. Pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2 ke 4 minggu.



Soalan: Bagaimanakah menentukan jantina arnab yang masih di peringkat anak?

Jawapan: Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Arnab jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat, manakala arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah ke dubur.


Kadar pemberian makanan rangsum pelet arnab.

Bagi Induk (betina dewasa) - Kuantiti yang diperlukan 120 gm/hari/ekor
Bagi Pejantan (jantan dewasa) - Kuantiti yang diperlukan 60 gm/hari/ekor
Bagi Anak Arnab (1 ke 2/3 bulan) - Kuantiti yang diperlukan 50 ke 100 gm/hari/ekor



Info Tambahan:


Menentukan jantina induk arnab jantan dan betina
Testicles arnab jantan dewasa






Anak arnab di dalam kotak beranak
Anak arnab yang sudah berusia sebulan


3 comments: