Wednesday, May 22, 2013

My Precious Dream Ever

* Thanks Ya Allah S.W.T :)

Aku sedang merenung ke arah lelaki yang terbujur diatas katil pesakit itu. Dan secara tiba-tiba ada seorang wanita yang menarik tanganku lalu membawaku untuk menghampiri lelaki berkenaan dengan lebih dekat. Tindakan itu terlalu pantas sehingga aku juga tidak sedar siapakah wanita yang telah menarik tanganku sebentar tadi ? Namun, dia segera meninggalkan aku dan terus berlalu pergi, 

Aku hairan, mengapa ketika itu aku langsung tidak tergerak hati untuk menoleh wanita itu kembali apatah lagi memanggil atau mengejarnya. Mungkin fikiranku lebih tertumpu kepada lelaki itu. Semakin lama aku memandang lelaki itu, semakin hatiku sayu. Tiba-tiba aku terpikir untuk memegang tangan lelaki itu kerana aku berniat untuk menenangkan dirinya yang mungkin sedang berdepan dengan kesakitan yang aku sendiri tidak ketahui. Namun niatku terhenti disitu kerana aku tidak kenal siapa lelaki itu dan risau jika tindakan aku hanya akan membuatkan lelaki itu terkejut dengan perilaku diriku ini ? Lalu aku mematikan niatku dan terus duduk disisi katil untuk menemani lelaki yang aku tidak kenali itu. Dia tersedar dari tidur lalu mengalihkan pandangannya kearah ku, namun aku tidak sedar kerana aku sedang menundukkan kepalaku. 

" Secara tiba-tiba lelaki itu mengenggam erat tanganku , aku terkejut dengan tingkah laku-nya itu namun aku masih terdiam kaku. Aku memandang wajahnya, yang aku lihat hanya lah seorang lelaki yang berumur lingkungan 50-an namun dari raut wajahnya dia kelihatan berseri2 dan tampan sekali. Aku yakin bahawa aku tidak pernah sekalipun mengenalinya namun dia terus melemparkan senyuman kepadaku. Kini pegangan tangannya semakin erat. Dia memulakan perbualannya denganku , bertanya kan sebuah soalan sambil menyusap ubun-ubunku, aku menjawab soalan itu sambil fikiran ku menerawang jauh memikirkan pelbagai alasan dan sebab mengapa dia memegang tanganku dengan erat lalu mengusap ubun-ubunku. "

Di sepanjang usiaku , hanya Ibu ku satu-satunya individu yang pernah melakukan kedua-dua perkara ini terhadapku dengan penuh kasih sayang. Tindakan yang dilakukan-nya itu seolah-olah mengandaikan bahawa dia telah lama mengenaliku dan begitu menyayangiku. Aku terasa sebak sehingga ingin menitiskan air mata lalu aku cuba memejamkan mataku. Aku sangat terkesan dengan tindakan lelaki itu dan benar-benar merasai segala yang cuba disampaikan dirinya kepada ku. Dan tiba-tiba pandangan itu hilang... 

Aku tersedar dari tidur ? Aku bermimpi ? Siapakah lelaki itu ? Dia bukan ayahku ? Siapa Wanita yang menarik tanganku ? Adakah dia ibuku ? Mengapa aku tidak pernah mengenali lelaki itu ? Mengapa dia bertanya soalan itu ? Mengapa dia bertindak seperti dia mengenali aku ? Adakah benar dia begitu menyayangi diriku Namun aku masih perlu tahu siapakah dia sebenarnya ? Dan segala-galanya berakhir disitu, yang pasti aku merasai setiap kasih sayang yang cuba disampaikan lelaki itu terhadapku walaupun dia tidak mengucapkannya. Pagi Jumaat yang indah namun terlalu banyak persoalan yang masih bermain-main di kotak fikiranku hingga ke saat ini.

*Alhamdulillah, Ya Allah S.W.T, walaupun sehingga kini atau mungkin sehingga akhir hayatku nanti, aku tidak akan pernah berpeluang mengenali lelaki itu secara peribadi. Namun aku tetap bersyukur Engkau telah mempertemukan aku dengannya, kerana aku tersedar satu perkara, " sebahagian dari diriku ada pada lelaki itu , dan kehadirannya telah melengkapi diriku dan peribadiku " Aku sangat bersyukur :) . 
mimpi yang paling indah dalam hayatku T-T , In Sha Allah .

No comments:

Post a Comment