Wednesday, May 22, 2013

UNIVERSITI : Perjalanan Hidupku Terhenti Seketika



10.53 PM
3 Mac 2013
Kenangan Terakhir : Status Terakhir Arwah :(


           Sudah 2 malam Arwah meninggalkan kita , sebagai sahabatnya aku hanya redha dengan pemergiannya , walaupun sebak didada masih belum hilang lagi , sokongan para sahabat yang menasihati aku untuk lebih tenang banyak membantu aku menghadapi semua ini, semampunya aku ingin melupakan kejadian ini segera , meletakkannya di tepi sebagai peringatan supaya aku tidak lagi sedih seperti segala-galanya baru berlaku semalam . Sudah 2 hari aku tidak boleh tidur , walaupun aku telah melepaskan segala-galanya dari fikiran aku, Namun segala-galanya bukan semudah seperti menyebut , “A, B, C” .

          Aku tak jangkakan perkara sedemikian berlaku sebegitu pantas namun bagi takdir yang telah dijanjikan Allah S.W.T didunia ini tidak dapat dihentikan oleh makhluk ciptaannya kerana segala-galanya Qada’ dan Qadar. Yang membuatkan aku kecewa adalah , ketika kejadian , aku dan liza telah berada pun di universiti ( kedah ) .

1 Minggu yang lepas :

“ Anda akan dibenarkan pulang kerumah jika Ibu anda meninggal dunia , Ayah anda meninggal dunia , Adik-beradik meninggal dunia , Datuk dan Nenek meninggal kita tak benarkan kamu semua balik ”, demikian kata-kata Penceramah pada Majlis Taklimat Minggu pertama Ko-K Uni Utara Malaysia . Mendengar syarat yang telah termaktub  untuk kami , baru aku sedar betapa kejamnya peraturan sebuah universiti , Aku tidak dapat membayangkan bagaimana jika kedua nenek aku meninggal dunia selepas ini , dan aku harus kekal disini ? Aku tidak mampu !

Namun , lain yang aku fikirkan lain pula yang terjadi, rahsia Allah S.W.T tiada siapa yang tahu . Selang satu minggu kemudian , berita kemalangan arwah hakim membuatkan aku begitu kecewa kerana aku tidak dibenarkan pulang ke Melaka untuk menemuinya buat kali yang terakhir.

“ Kalau Keluarga jauh meninggal dunia , kamu tak boleh balik . Orang mati , kita kerana ‘respect’ ”, sambung penceramah itu . Apabila aku mendengar penyataan yang dinyatakan oleh penceramah tersebut , aku begitu marah , geram dan kecewa dengan apa yang diperkatakannya dalam Majlis itu . Persoalannya , “ Mengapa kita kena ‘Respect’ orang yang telah meninggal dunia ? 

Bukankah disebalik kita sedih dengan pemergian seseorang , apa yang harus kita lakukan adalah redha dengan pemergian yang telah ditakdirkan Allah S.W.T dan berdoa untuknya? bukan untuk cuba ‘menghormati’ kehilangan mereka ! ”

-            Surely nonsense ! what this guy are talking about ? You are an educated person, a lecturer ? So you should beware of your own words.  !

SAHABAT : Kembalinya seorang Sahabat ke Pangkuan Allah S.W.T


Assalammualaikum , cuba untuk senyum =) ketika menerima berita kemalangan sahabatku , Hakim bin Ahmad ! Nama itu sedang meniti dibibirku , jika sudah tiba masanya hari ini , adakah esok adalah masanya untuk ku ? dan aku perlu risau untuk berkata begitu , masih belum cukup amal untuk aku pulang kepangkuan-NYA . Namun , tiada siapa tahu takdir-NYA , Qada’ dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T , In Sha Allah .

Kenangan Lama ;) Hakim the Front Man , In the Right !


STATUS TERAKHIR ARWAH di FACEBOOK :

“ akan diupdate kemudian , line xde ”
-nak kembali ke Melaka , tapi masih xsihat , dah akan singgah ke masjid-

“Arwah ", gelaran/nama yang perlu aku gunakan kepadanya, untuk bercerita tentang Hakim selepas ini. tetapi aku masih sedang cuba membiasakan diri , aku sedih tapi aku tak mampu menangis ! sebab apa ? sebab mungkin aku seorang lelaki , Arghh . kemana harus aku luahkan kesedihan ini , Aku harus menulis semuanya malam ini untuk aku luahkan segalanya tetapi bukan untuk melupakan .

Balik-balik bilik tadi  , ada 2-3 miss call dari kawan aku Asnawi , Hafizzudin dan followed by kol dari Liza , Aku really curious , kenapa semua telefon dari masa yang berturutan . aku tak expect ada cerita yang unexpected , Cuma aku fikir mesti ada berita hot pasal kawan2 aku ni dorg nak kongsi . Then Liza mula tanya dalan telefon :

“ Kau tahu tak ? "

( secara tiba-tiba bila aku dengar suara dia , aku dapat rasakan liza akan bagitahu aku satu cerita sedih , ada orang meninggal dunia , tapi aku tak expect dia adalah kawan-kawan form 6 aku , apatah lagi Hakim , baru cuti sem haritu jumpa , men futsal sama-sama )
Aku cuba beranikan diri tanya “Tahu apa wey ?"

“ Hakim dah meninggal ."

Aku terdiam tak tahu nak fikir apa , mungkin dalam telefon diorang ‘surely heard that I’m just cool but’ tapi dalam kepala otak aku ni , aku celaru , aku macam xpercaya apa yang telah berlaku , Hakim ! He is one of my friend, among the best friend , walaupun dia ni selalu digelar ‘really annoying’ bagi kebanyakkan kawan-kawan lelaki sebab selalu bercerita masalah dia pada orang lain (tu tak jadi masalah sangat) dan selalu nak nasihatkan orang , cuma masalahnya tak kena pada situasi dan caranya kadang-kadang . tetapi aku masih pendengar yang setia baginya . dan kini adakah aku hilang seorang kawan yang akan bercerita tentang kisah hidupnya kepadaku ?

Aku telefon Syahromie nak tanya kepastian : Call , OFF lah pulak !
30 minit lepas tu :

“ Assalam’kum , betol ke cerita pasal hakim tu ( aku tanya sbb still ragu2, aku tak percaya ) ”

“ Waalaikumsalam , wey betol ke ? ”

“ Aku tak tahu , aku bru je tahu ”

“ Aku pun baru dapat mesej , betol ke ? ”

“ tulah pasal , aku tahu dari budak-budak ni , nawi bgthu , wan bgthu dia ”

“ Ko try tanya , Nawi aku dah tepon td ”

“ Ko ad num Wan ? ”

“ xde , ko mintak nawi ”

“ ok ”

2 minit Syahromie call balik :

“ Betollah Hakin dah meninggal ”

“ abis ko pg umah dia tak ”

 “ Hah , Nanti , tapi jenazah dia at Seremban lagi dak wan ckap ”

“ Camne ni , dia xccident ke ? ”

“ dia xcddnt at senawang otw nak blik Melaka ”

Mesej by Hafizzudin : “ I’ve lost my friend . ”

Innalillah Wainalillah Hirrahjiun .



………………………………………………………………………………………………………

“ Wey nanti dah kaya jangan lupa belanja aku , banglo ke ? ”

“ Wey nanti aku dah kaya xde hal , aku bagi ko banglo sebijik pun xpe ”

“ Hah , Janji ? "

( Dalam hati : Peh aku main-main je , siap janji-janji bagai ? Alah , xpe bukannya aku de ability pun nak jadi kaya nanti hahaha XD . janji je lah kan . Hah ? tapi nanti kalau aku kaya betol2 knalah aku bagi banglo sebijik at dia kan , risau-risau , rugi-rugi , hahah aku takkan kaya punya ! ) so alamber jawab , “ xde hall ah kim, janji r , aku dah kaya t aku bagi ko banglo sebijik tapi syaratnya , tunggu duit aku dah lebih juta-juta dulu , ahhah , nanti kesian anak bini aku xmakan , kalo dah belikan banglo ko . hahah!  ”

“ hhaha , Okay aku tunggu ”

( sesi perbualan biasa at Petronas Cheng lepas isi minyak moto dia , macam biasa lepas main futsal dia hantar aku balik , Cuma ada time-time kalau aku gaduh ( bengang ngan dia) aku akan naik hasif balik umah lepas futsal , even kadang dia slalu follow gak , walaupun tahu aku marah ngan dia )
………………………………………………………………………………………………………

“ Wey stakat ni bape makwe ko ada ? Kim ”

“ haha bekas 13 , total 14 dah sekarang ”

“ Peh , banyak wey , aku sorang pun xpenah ada lagi , ko amik bahagian aku wey ! ”

“  haha ”

“ btw takpe , makwe ko bkan taste aku , taste aku lain , ahahha nanti2 lah , aku muda lag wey , 19 pun blum , 18 tahun beberapa bulan , ahhh ”

 -form 6 , aku tengah usher-ushar cerita-



“ Aku 18 tahun 4 bulan , muda lagi wey , ko dah 19 kan akim , kau tahu apa yang best jadi muda cam aku ? hah , ”

“ Apa ”

“ Nanti bila dah tua nanti korang yang 19 dah mati dulu , aku belum lagi , al-maklumlah muda kan , ahaha!m ”

“ haha! Muda lah sangat . LOL ”

-at form 6 , lepak-lepak-



“ Cuba bayangkan FINAL DESTINATION berlaku at kita , semua mesti mati kan , tapi aku selamat ”

“ haha , asal plak ko selamat ”

“ Yelah ko macam xtahu plak aku kan sentiasa selamat , bila kereta nak langgar aku , aku mesti sempat elak ! hahah . Orang muda lagikan ”

“ Time ko je mesti selamat kan . aku pun selamat gak wey ”

“ Xde2 , aku sorang je selamat !  sebab aku paling muda , ahaha! ”

-Antara guru kasar aku cer ngan dia -


Peristiwa paling last , aku terkilan sangat! aku nak kuar ngan kawan rapat form 5 aku , Hakim terdengar , n dia bosan nak ikut , aku cakap ngn dia esok datang umah aku , follow je lah pagi tu , then dia mesej aq 11 am lmbt skit , aku dh kuar umah dh time uh , aku tak balas sebab aku tak jadi nak ajak dia , dia lmbt sngt , aku d naik kete dah , sebab aku tak cakap at budak2 perempuan tu semua aku nak ajk hakim , then bdk2 ni nak amik aku pakai kete , aku takut kete penuh , hakim bleh je naik moto , nanti xsdap plak aq sedap2 nek kete , dia naik noto je , kan ? btw ad sebab lain gak aku xjd ajak dia , sebab nanti takut dia plak bikin panas tegur org tak bertempat , dia ni kadang2 nak nasihat org tapi dia msalahnye dia xsdar dia pun de buat jgak bnda2 tu, nanti rosak plak plan ni, xpelah lain kali lah , ajak dia , lepas ni aku cuti sem 2 bulan , kita gathering ramai-2 kita kuar lagi sama2 (fikir aku dalam hati ) , n today lepas dengar cerita ni , aku serba salah , adakah salah aku dia xsempat jumpa 4-5 orang kwn2 f4 dulu ? syufika , fadlin , amirah , umairah , syfika , hasbullah . anis . wan fadhilah T-T .

Kenapa aku rapat ngan dia ? Sebab dia banyak tolong aku :

Jemput aku balik keje DP 1-2pagi sebab bas dh xde , sanggup jmput 
dari Bukit Rmbai even aku duk at Cheng . =) 
Jumaat : (bila aku xblik umah aku sbb xde orang) dia akn jemput 
aku dari ostel , then p umah dia , mandi , makan tgahari at umah dia 
, pg solat jumaat at Masjid Bukit Rambai then baru dia hantar aku p 
umah mak angkat ( Makcik Fairos ngan Pakcik Zulkifli) aku at Bukit 
Rambai , Tmn Rambai Utama .
Bawak aku lepak2 MP , DP slalu , 
Jemput aku futsal ! Hantar aku balik , 
Jemput aku p amik result SPM . walaupun dua-dua 
akhirnya kecewa ngan result , 
Kenalkan aku dengan ramai kawan-kawan baru time main 
futsal , Join Mysoft 2 sama-sama (dia active tapi aku xdpt 
follow sebab aku dh msuk U , ) 
Hantar aku balik time Lower-6 , Upper 6 dah tak sebab aku 
gaduh ngn dia sekejap je =P , btw Time Emergency Hasif 
ngan Azri xde , dia akn hantr aku balik umah dri sekolah .


#Bila Aku tahu dia meninggal kemalangan , aku teringat , yang dia mmg selalu xcdnt , nak pg latihan sukan f5 dia xcdnt , frm 6 xcdnt , hritu pun bru xcdnt , tapi bkn xcdnt truk lah , xcdnt jatuh moto je , tapi aku xpkir sngat bnda2 tu , Cuma kadang2 time naik moto ngn dia , ad gak nasihat dia bwak okay skit , jgn laju-laju sgt , btw aku xrisau sbb moto Wave dia dh lama , xboleh nak speed sgt , utk kebaikkan dia gak , sebab dulu form 6 ayah dia nak belikan diam 135LC tapi dia ckap at ayh dia “ Xpe lah ayah , ayah simpan duit tu , nanti akin nak blajar boleh guna ”
Tapi lepas dia dpat result agk tidak ok , dia suh ayah dia beli moto sebab moto dia naik tu cam dh byk maslah je , tp ayah dia ckp “ Moto ada banyak at umah tu nak beli lain plak ! ” , urmm. Tulah aku slalu cakap at dia “ lain kali sebelum buat keputusan tu pkir baik2 , tanya lah aku dulu ke pasal moto tu , kan dah mnyesal time ayh ko nk belikan ko xnak , ayah ko dh ubah fikiran baru nak mintak , aptb kan ! ”

Perkara yang last aku bincangkan ngan dia adalah , pasal PTPTN yang lambat masuk , Samsung Galaxy Y dia yang baru , Jumlah sebanar Akaun Bank Syahromie , Hasrat dia nak sambung Degree sementara aku nak Sambung Master and nak jemput dia balik Melaka 23 March p majlis perkahwinan akak aku tapi dia ckp tak confirm , dia Cuma ada cuti awal bulan 3 nak blik Melaka , dah dia xsmpat blik =(  , xsempat aku nak promote at dia supaya layan Running Man time ada stress dan bosan .

“ Moto lama tu jugak yang bersama dia waktu xccdnt semalam ,  hurm , dah takdir kan , tak boleh nak elak , Aku akn sentiasa berdoa untuk dia , Perkenalan ini tidak akan aku lupakan , sebaliknya menjadi sebuah pengajaran ! =) ”. Apa yang aku fikirkan sekarang





Gambar-Gambar Terakhir Arwah :

Aku sebagai Sahabat Arwah ingin memohon maaf kepada semua , kawan-kawan dan kenalan kalau arwah ada buat salah , kesalahan lain biarlah jgn diungkit-ungkit , itu adalah urusan dia dgn Allah , Cuma jika urusan antara manusia , Minta jasa baik semua harap diampunkan . Semoga dia ditempatkan dengan orang-orang yang beriman dan bahagia di alam sana , In sha allah ,

Al-Fatihah , Amin .

3 comments:

  1. sedihnya baca entri nih. semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. mmg kdg2 peraturan universiti agak tak logik tp kita sbg student ada hak utk bantah keputusan mereka. hak kita utk pertahankan students' right. btw kematian memang tak terjangka. esok lusa entah2 kita pulak yang pergi. Al fatihah.

    ReplyDelete
  2. in sha allah . yup well univrsity pnya praturan kdang-ii sgt hampeh *

    ReplyDelete
  3. takziah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan yang beriman..alfatihah...

    ReplyDelete