l kisahnya semalam saya pergi kedai ubat dengan sepupu..tujuan utama nak beli susu anak2 kami...dari dulu kalau susu dan pampers saya mmg beli kt kedai ubat sbb harganya jauh lebih murah dari harga di pasaraya.....pastu hati ni rasa nak jer interview sikit tokey kedai pasal minyak yu yee cap limau yg tgh diragui halalnya...
Saya tanya tokey kat kedai tu...
Saya : Tokey...mau tau la..betul ke minyak yu yee cap limau ni melayu tak boleh pakai sebab ada campur minyak babi...
Tokey : Mana ada..itu minyak cap limau punya banyak melayu guna maaa...
Saya : Tapi kenapa ramai org cina pun ada cakap minyak tu melayu tak boleh pakai...
Tokey : Oooo...minyak ni ada 2 jenis...satu abg satu adik...abang punya manyak panas,adik punya kurang panas...org melayu tak boleh guna abang dia la...sbb mmg ada campur 'itu' utk kasi lagi panas...
Saya : Minyak pun ada abg adik jgk ye...
Masih kurang paham saya dgn sepupu pun jenguk dalam almari kaca yg menempatkan minyak yu yee ni...
Betul la korang rupanya minyak yu yee ni ada 2 jenis..tinnya mmg sama sebijik....camne sebelum ni saya tak perasan....yg membezakannya ialah ada gambar limau dan satu lagi ada gambar kapal..semuanya tertulis tulisan cina takder langsung tulis omputih.....
Tokey tu bgtau saya yg gambar limau tu ok tapi yg ada gambar kapal tu melayu tak boleh guna...so saya tanya balik...
Jadi kat sini fahamlah saya kenapa diragui halalnya..mgkn ada yg tersilap pandang sbb botolnya sama..tapi ni dari apa diberitahu oleh tokey tu la...dan apa yg boleh saya simpulkan kt sini,sng cite kalau was2 guna jer la minyak lain...memandangkan JAKIM pun belum ada pengesahan lagi tentang perkara ni lagi kan..Kawan FB yg berbangsa Cina pun ada pm kat saya bgtau lebih baik u cari alternative lain utk ganti minyak ni...
Tu aje info yg dapat saya share dgn kawan2..mintak maaf tak sempat nak ambik gambar minyak yu yee cap kapal tu sbb tak teringat langsung...terlupe pulak yg saya ni seorang blogger...hihihihihi.....
dah try godek2 kat google takder la pulak...gambar cap limau byk la...
sumber oleh : Yuyi and the Gangs ?
So ?
STATUS HALAL MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Berkaitan dengan pelbagai pertanyaan yang diterima oleh sekretariat PPIM dan isu yang ditimbulkan dalam laman sosial dan blog, PPIM ingin memberi pendapat dan pandangan berkenaan perkara ini.
Setakat ini tiada permohonan halal bagi produk ini walaupun ianya telah berada di pasaran Malaysia lebih 15 tahun dan digunakan oleh ramai pengguna Islam. Pengeluar tidak membuat permohonan halal untuk produk tersebut kerana ianya dikeluarkan bukan untuk pasaran Islam. Namun pengguna Islam seperti biasa seumpama hilang keyakinan terhadap produk keluaran sendiri walaupun ramai pengeluar Islam yang mengeluarkan produk yang setara dan memiliki kegunaan yang sama.
Adalah tidak munasabah kepada pengeluar untuk tidak memohon status halal dari mana-mana badan yang diiktiraf dalam atau luar negara sekiranya ia mensasarkan pasarannya kepada orang Islam. Bukankah status halal itu amat perlu bagi umat Islam? Keengganan ini mencerminkan mereka tidak peduli dengan pasaran Islam. Benarlah kata pepatah, kita ini umpama “ Hidung Tidak Mancung, Pipi Tersorong-sorong.” Orang lain langsung tidak kisah akan kebajikan kita sebaliknya kita yang tidak tahu diri terus menyokong mereka. Mereka langsung tidak menghormati kita dan kita pula yang terkinja-kinja menyogok mereka. Apakah ini sifat dan sikap kita umat Islam?
Ada di kalangan Pengguna Islam walaupun sedar dengan kepentingan mencari yang halal tetapi masih enggan menyokong produk keluaran pengeluar Islam kerana tidak mempercayai kebolehan sendiri.
PPIM menggesa semua umat Islam bersatu dan menyokong produk keluaran Islam dan memberi peluang untuk mereka berkembang pesat dan maju dalam melakukan inovasi terhadap produk sendiri. Kita sama sekali tidak ingin lagi melihat persoalan-persoalan status halal produk bukan Muslim diutarakan oleh sesiapapun jua yang mengaku Umat Islam Adalah Bersaudara.
Jangan ditanya status Halal Minyak Yu Yee Cap Limau. PPIM merasa terkesan dengan soalan ini. Ia menampakkan perjuangan dan keluhan kami di waktu siang dan malam selama ini masih kurang didengari dan difahami. Apa yang kita perlu tanya adalah berapakah jumlah zakat hasil dari jualannya setahun yang disumbangkan? Jika jawapannya tiada, kenapakah kita perlu tanya statusnya? Anggap saja produk ini bukan pilihan Umat Islam. Biarpun jika ia memiliki sijil halal, apakah wajar kita menyokongnya? Jangan sampai nanti akibat dari kealpaan kita membantu sesama Islam, ekonomi kita akan terus merudum dan akhirnya lenyap dari muka bumi ini.
Wallahualam.
“BERSAMA MENGEMBALIKAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA”.
-IZHAM PPIM-

No comments:
Post a Comment