Jenis potongan
dan gaya rambut berperanan menyerlahkan personaliti diri seseorang maskulin.
Percaya atau tidak, ramai gadis hari ini yang jatuh hati ke dengan seseorang
lelak kerana penampilan dan gaya rambut mereka. Konsep rambut seseorang itu
mampu mencerminkan identiti dan karektor tersendiri.
Menariknya,
jika rambut itu ada gaya dan tarikan sendiri, ia mampu memberi keyakinan kepada
seseorang lelaki selain memancing perhatian golongan gadis untuk terus melekat
memuji apa yang dilihatnya
Lihat saja
fenomena ‘Bieliever’ yang dicetuskan penghibur remaja terkenal, Justin Bieber
umpamanya yang berjaya membuatkan jutaan peminat jatuh cinta padanya hanya
kerana penampilan rambutnya yang nampak comel selain bakat suaranya yang lunak.
Tak dilupa fenomena ‘Korean Wave’ yang melanda Malaysia, Negara-Negara Asia
malah di Negara-Negara Eropah juga! Jelas sekali kepakaran ‘Hairstyler
Profesional’ memainkan peranan yang begitu penting kepada penampilan
selebriti-selebriti K-Pop.
Contoh
selebriti yang sering menampilkan gaya berbeza dengan bantuan pakar perias
rambut :
Super
Junior , Girl Generation , Big Bang , CN Blue , FT Island , T-Ara , Kara ,
4-Minute , Shinee , Lady
Gaga, Pink , Justin Bieber, One Direction,
Berdasarkan Kajian
Blog hiburan terkenal Hollywood, lebih 50% responden mengatakan hati gadis cair
kerana gaya rambut lelaki yang diminatinya tampak comel. Walaupun kedengaran
tidak logik, namun itulah realitinya.
Tidak terlepas
pandang selebriti tempatan hari ini, malah ahli sukan sendiri yang kini makin
bijak dalam memilih gaya rambut bagi memastikan rambut mereka tersusun rapi dan
kelihatan ‘lebih’ maskulin. Disebalik perubahan remaja sekarang yang begitu
mementingkan imej peribadi mereka, kebanyakan lelaki dewasa di Malaysia hari
ini masih tidak begitu bijak dalam memilih gaya yang sesuai untuk rambut
mereka. Apa yang perlu dilakukan dan gaya apa yang paling sesuai untuk
dipadankan dengan wajah anda ?
Empat Segi (Petak)
Bentuk wajah ini paling lazim dalam kalangan lelaki dan ia
adalah wajah yang paling versatile selepas bujur. Jika anda memiliki wajah ini,
anda boleh dianggap bertuah kerana berwajah maskulin dan agak versatile.
Anda sesuai mengayakan hampir apa saja gaya rambut
termasuk kerinting. Anda boleh membuat rambut ‘spikey’ (cacak), ‘flat’ dengan
gaya messy. Seeloknya lakukan potongan ‘clean cut’ pada sekitar telinga. Selagi
mana ia tidak menyembunyikan kejantanan wajah anda. Anda digalakkan
menggayakannya. Namun elakkan rambut melepasi dagu.
Selebriti :
David Beckham, Nick Lachey, Enrique Iglesias dan Matt Damon
Bujur
Bentuk wajah
seperti telur ini agak feminine tetapi bertuah kerana masih boleh disesuaikan
dengan apa saja gaya rambut. Anda sesuai untuk berambut pendek atau panjang.
Ini kerana anda mempunyai garis rambut pada dahi yang bersatil
Potongan
rambut bertingkat serba sedikit menyuntik ciri maskulin
Selebriti : Kid
Rock
Bulat
Muka bulat
sering dilabelkan sebagai individu yang bermuka penuh dengan garis dahi dan
garis dagu yang bulat setra nampak ketara pada pipi. Anda peluh memilih
potongan rambut yang dapat mengurangkan ‘kelembutan’ pada garis rahang anda
Menipiskan
bahagian tepi dan belakang akan membuatkan anda nampak lebih baik. Elakkan
memilih potongan rambut yang membuatkan wajah anda lebih bulat seperti
kerinting atau bob. Elakkan juga potongan rambut yang menutup dahi.
Contoh : Alec
Baldwin dan David Boreanaz
Tiga Segi
Wajah ini amat
tirus di dagu, tetapi dengan kombinasi wajah berbentuk petak. Agak sukar untuk
memilih gaya rambut kerana gaya rambut yang dipilih perlulah tidak
memperlihatkan dagu yang tirus
Sebaiknya ikut
seperti Justin Timberlake yang memotong rambut serapatnya dengan kepala serta
berdekatan pelipis, tetapi rambut di bahagian belakang dibiarkan panjang dan
lebat.
Contoh :
Justin Timberlake
Berlian
Wajah ini mempunyai
bahagian yang paling luas di tulang pipi, tetapi menirus di dahi dan rahang.
Jadi anda seharusnya memilih potongan rambut yang dapat memberikan ilusi lebar.
Anda sesuai
berambut panjang dan sebenarnya sesuai bermisai atau janggut untuk
menyeimbangkan bahagian wajah anda yang tirus. Potongan menutup dahi juga
membantu. Elakkan potongan yang menambah ketinggian rambut seperti ‘spikey’
atau terlalu pendek seperti potongan ‘buzz’
Contoh : David
Navarro
Pir
Wajah ini
menirus dibahagian atas, tetapi melebar dibahagian bawah. Rahang dan dagu
kelihatan lebih bersifat membulat. Wajah sebegini patut diseimbangkan dengan
gaya rambut lebat di bahagian atas rambut dan sekitar pelipis
Selebriti :
Stevie Wonder
Lonjong
(Empat Segi Panjang)
Wajah ini
mempunyai dahi yang tinggi dan dagu yang panjang. Wajah jenis ini juga tidak
mempunyai banyak msalah. Anda boleh ermbut panjang dengan potongan bertingkat
atau potongan amat pendek ‘buzz’ seperti Wemworth Miller
Potongan menutup
dahi yang ‘messy’ juga kelihatan baik untuk anda. Cuma, digalakkan anda tidak
menambah panjang di bahagian atas rambut. Jika anda menyimpan rambut yang
panjang dibahagian tersebut, wajah anda akan nampak lebih panjang
Selebriti :
Ben Affleck
# Antara Selebriti Yang Menjadi Pilihan Gadis-Gadis Malaysia :
Selebriti Yang Mungkin Menjadi Pilihan Jejaka-Jejaka Diluar Sana ?
SEKIAN , TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ^_^
No comments:
Post a Comment