Friday, October 18, 2013

Interview Project : Blogging :)


1. Apakah yang mencetuskan minat utk mula blogging?

Minat membaca blog pada mulanya tercetus pada usia 16 tahun, apabila saya mula mengenali saudari Azar Nadhirah ( yang juga blogger wanita ke-2 popular di Malaysia selepas Fatin Liyana ) secara peribadi kerana beliau merupakan rakan rapat abang saya di MRSM Terendak. Namun, selepas tamat zaman persekolahan pada usia 18 tahun, barulah saya benar-benar mengambil keputusan serius untuk melibatkan diri dengan aktiviti blogging. Pada masa itu, saya mula diperkenalkan dan bergaul rapat dengan ramai rakan blogger amatur yang lain melalui laman sesawang Facebook , salah seorang dari mereka iaitu saudari Fairuzah Jaafar yang juga rakan sekolah saya adalah orang pertama yang bertanggungjawab membantu saya membina blog peribadi saya sendiri. Walaupun sudah lama mencipta blog saya sendiri, saya adalah salah seorang blogger yang tidak aktif sepanjang dua tahun penubuhan blog tersebut. Aktiviti berblogging secara serius bermula secara tiba-tiba ketika saya mula melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia, dimana saya mula berhubung secara peribadi dengan beberapa blogger  dan vlogger/youtubers popular termasuk Hazman Halid, Aman Wan, Khairul, Faizureen, selain turut mengikuti perkembangan blogger-blogger lain termasuk Maria Elena, dimana saya banyak bertanya kepada mereka tentang hal-hal blog selain mereka turut memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya, bagaimana untuk menggunakan masa-masa yang terluang  kearah aktiviti-aktiviti berfaedah untuk diri saya dan orang ramai melalui penulisan blog.

2. Bagaimanakah pengalaman sewaktu mula2 blogging?

Aktiviti blogging ini kadang-kala ada pasang surut-nya, dimana sukar untuk seseorang penulis itu benar-benar menarik minat ramai pembaca untuk sentiasa singgah ke halaman blog mereka. Seperti juga diri saya, pada mulanya saya terpaksa menebalkan muka berkongsi ‘post’ saya disemua laman sosial seperti Facebook, Tagged dan beberapa laman sosial lain untuk menarik minat orang ramai singgah dan berkongsi hasil penulisan saya kepada orang lain. Kebanyakkan pembaca selalunya menyambut baik corak penulisan kita di dalam blog tersebut, tetapi tidak lepas juga ada segelintir pihak yang akan sentiasa cuba mencari kesilapan kita dan cuba menjatuhkan semangat kita melalui kritikan. Melalui pengalaman ini juga, saya turut belajar sesuatu fakta yang baru, bahawa kebanyakkan pembaca akan lebih kerap membuka sesuatu blog itu, apabila mereka tertarik dengan imej penulis blog tersebut dan bukanlah melalui bentuk penulisan yang dibawa oleh mereka. Ini dapat dibuktikan apabila saya mendapat hasil kajian terhadap soal selidik dalam kalangan pelajar sekolah menengah untuk tajuk, “ Minat terhadap blog : Penulis atau Penulisan “ pada tahun 2011.

3. Bagaimana anda dapat menarik ramai pembaca?

Bagi menarik minat pembaca, saya akan lebih kerap berkongsi kisah hidup saya bersama semua pembaca sama-ada secara langsung atau secara tidak langsung dalam setiap entry yang ditulis. Ini kerana ia akan memberi peluang kepada semua pembaca mengenali diri dan peribadi saya secara lebih dekat sebagai seorang kawan dan teman. Selain menggunakan masa terluang untuk menulis entry di blog, saya juga sering meluangkan masa berhubung secara peribadi dengan para pembaca blog saya di Personal Facebook, Facebook Page atau melalui “Short Message Service- SMS".

4. Apakah website blog yang digunakan dan kenapa anda menggunakan website tersebut?

Blogspot.com, kerana laman blog ini ditawarkan secara percuma kepada semua pemegang akaun Gmail dimana ia sangat memenuhi keperluan saya sebagai pelajar universiti yang masih tidak memiliki sebarang sumber pendapatan sendiri selain aplikasi tersebut sangat mudah untuk diguna dan diuruskan.

You have to remember guys !
5. Bagaimana anda memilih topik mana yg perlu di'blog'kan, adakah ia mengikut topik yg dipilih secara personal ataupun untuk menarik pembaca2 blog?

Secara ringkasnya, setiap topik selalunya dipilih secara peribadi dan rawak melalui setiap idea yang diperolehi secara tiba-tiba ataupun yang dirancang. Namun demikian, setiap topik yang ingin dikongsi selalunya akan diolah secara lebih kreatif untuk menarik minat pembaca. Sebagai contoh kepada salah satu entry saya yang mendapat kunjungan melebihi 150 pengunjung iaitu mengenai, “ Gaya Fesyen Korea untuk Wanita Malaysia”. Dimana saya telah mendapat idea untuk berkongsi bersama pembaca mengenai fesyen-fesyen pakaian wanita dari Korea yang sangat menarik. Bagi menyesuaikan topik ini dengan corak kehidupan majoriti pembaca islam di blog saya, saya mengubah tips-tips tersebut kearah satu konsep fesyen muslimah dimana saya mengetengahkan konsep bertudung untuk digayakan bersama-sama busana fesyen korea yang boleh digayakan pembaca (wanita). Melalui olahan ini juga, topik saya ini turut dipilih untuk dipaparkan di laman web blog rasmi berita di Indonesia http://www.lintas.me/ pada awal 2013 secara tidak langsung membantu saya mempromosikan blog saya dalam kalangan pembaca dari Indonesia.

6. Apakah website blog anda?




p/s : Selamat Hari Raya Aidil Adha juga :) dari saya Faiz Marjan !


2 comments: