Thursday, July 10, 2014

2 Tahun: 2 Ahli Baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Dah cukup lama rasanya aku tinggalkan dunia blog ni.


Berkemungkinan, ini adalah penulisan ‘serius’ ‘pertama aku untuk blog ni dalam tempoh dua tahun. Dua tahun.. dari semenjak aku mula-mula belajar untuk Degree bagi sesi 2012-2016. Serius ke?

Sebelumnya, aku sedikit teruja buat blog ni, selepas aku mula kenal dengan penulis-penulis blog lain yang cukup popular, yang kebetulan beberapa orang dari mereka adalah rakan-rakan rapat kepada ahli keluarga, dan kawan-kawan kepada kawan aku sendiri. Tak dapat dinafikan, kandungan blog mereka semua sangat menarik.

Biasalah kan, zaman muda remaja, ada sifat nak mencuba semua benda, kalau boleh nak mencuba semua watak dan kalau ikutkan hati, terlalu banyak keinginan-keinginan polos yang bermain diminda.

Menjadi terkenal atau dikenali, mungkin pernah terlintas dalam kepala aku bila mula-mula aku menulis blog ni. Lama kelamaan, bila dah lama aku ‘bermain’ dalam lembah sosial ni, aku mula belajar banyak perkara, populariti bukanlah perkara yang aku inginkan. Sebaliknya, aku nak sampaikan semua perkara, cerita, idea dan berkongsi semuanya dengan pembaca blog ni.

Tapi itu semua bukan mudah. Bukan mudah nak menarik pelawat datang ke blog ni. Huhhh? Cukup susah sebenarnya. Okay. Letakkan diri anda diposisi ini:

“Cuba bayangkan anda menulis sebuah buku. Sebuah buku yang terkandung pelbagai ilmu terbaik dan berguna yang ingin anda kongsikan, tapi tidak ada seorang pun yang ingin ‘cuba’ membacanya, semuanya akan terasa seperti sia-sia." Haha. Itulah hakikatnya.

 Dan satu lagi. 

Aku ni pulak bukanlah jenis penulis yang rajin nak/akan menulis 1 muka surat sehari semata-mata nak ‘menceritakan’ kepada pembaca setiap bait-bait kisah seharian hidup aku dalam blog ni. Takde privasi langsung. Haha. (tak ada kena mengena dengan mana-mana insan). Syok sendiri lah kalau aku dah buang tabiat nak menulisnya konsep macam ni kat dalam blog.



Okay. Cukup dengan semua flashback-flashback diatas.



Cukup-cukup sudah..

Sudah cukup dua tahun..

Dua tahun kebelakangan ini memang bertimbun idea yang aku dapat. Dari tips bagaimana nak berjimat cermat, atasi stress, cara menilai personaliti diri dan kerjaya, resepi memasak yang dah aku cuba hinggalah ke persada fesyen. Retis sangat!

Namun disebabkan jari jemari yang malas dan otak yang tepu dengan pelajaran sedikit buatkan aku malas nak menaip. Bukan sedikit malas.. tapi sangat malas..

Tapi, tak tahu lah, macam mana malam ni aku sedikit rajin nak menaip. Sedangkan apa yang aku tulis sekarang ni adalah tanpa ada hala tuju, dan aku tak tahu. What the?

Okay lah, disebabkan aku dah menulis ni. Mari aku kongsi sikit gambar-gambar terkini orang-orang 'baru' disekeliling aku.



Nur Zara Amani 
 
 


Akak atas ni nama dia Nur Zara Amani, tapi abang aku panggil di Michelin. 

Nama inggeris beliau rasanya, gua pun tak tahu menahu sangat asal usul nama tersebut. Nama melayu bukan main! ala-ala artis gitu mak bapak dia bagi. ni siap ada nama inggeris! huishh.


Si kecik ni adalah anak saudara aku yang ke-4 aka cucu perempuan yang pertama dalam keluarga aku. 


Dia ni anak kakak aku yang ke-3, kakak aku yang muka cam cina tu laaa. kenal tak? Yang zaman kecik-kecik beliau selalu diusik oleh apek-apek kat sekitar kedai runcit kerana disangkakan beliau adalah gadis cina. 


Tengok mata lah beb, geng-geng gua semuanya sepet-sepet belaka. Memang gua ni ada keturunan cina, tetapi dikala adik beradik gua berkulit cina, gua pulak berkulit melayu asli. hahaha. sebab tu ramai yang tak percaya bila gua perkenalkan adik-beradik gua. haaaish. 


haha, Okay. tamat cerita serba-serbi pasal puteri sulung keluarga kita ni.


kita beralih pula kepada ahli keluarga gua yang lain. hah siapa ni?





 


Oh. 

Putera kecil yang ketiduran ni pula adalah anak kepada keluarga angkat aku, Mrs Fairos dan Mr Zulkifli. Namanya kalau tak silap ala-ala artis jugak, Rizki. Rasanya lah.. tak berapa pasti, sebab aku tak berkesempatan nak melawat mereka lagi

Ini adalah anak ke-6 dalam keluarga tersebut. Aku pun tumpang gembira dengan kehadiran baby ni. Si adik alia pun dah besar, dah sekolah, bolehlah belajar nak jadi akak kepada Rizki ni. Yang lain, alhamdulillah semua dah makin berjaya dengan pelajaran masing-masing. 

Untuk pengetahuan, keluarga ni memang keluarga kesayangan gua nombor dua selepas keluarga kandung gua. Mereka ni dah dianggap macam keluarga kandung gua sendiri. 2 Keluarga tersayang ! 

Finally, Ahhh.. comelnya ! :)

Untuk pengetahuan, gua memang suka dengan golongan baby ni, sebab mereka ni sangat comel! haaahhaha..

Disebabkan aku dah 'terselesa' dengan pengunaan kata ganti nama diri 'gua' ni dari semenjak tadi. maka maafkanlah kekhilafan tutur bicara ku ini.






Sekian, Salam Ramadhan para sahabat dan keluargaku.

Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment