Wednesday, April 3, 2013

DUNIA : Sepucuk Surat Dari Fatimah Mangsa Rogol Tentera Amarika Yang Bangsat!


 Sepucuk Surat Dari Fatimah Mangsa
Rogol Tentera Amarika Yang Bangsat! |
Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengah
hari, pejuang mujahiddin telah
melancarkan serangan ke atas penjara Abu
Gharaib di selatan Baghdad. Serangan
tersebut bagi menyahut seruan yang
dibuat melalui sepucuk surat yang
dikirimkan oleh seorang tahanan wanita
yang bernama Fatima yang merayu agar
pejuang mujahiddin mengambil tindakan.
Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis
tangan (oleh darah), baru-baru ini telah
diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima
adalah adik kepada salah seorang pejuang
mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentara
pengganas AS telah menyerbu rumahnya
beberapa ketika dulu tetapi gagal
menemuinya, oleh itu mereka telah
menawan adik perempuannya bertujuan
untuk memaksa beliau menyerah diri.
Berikut adalah salinan surat Fatima yang
disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.
Surat Fatima
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai
Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang
Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan
sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia
pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada
sesiapapun yang serupa
denganNya.” [Qur’an, Surat 112 “al-
Ikhlas”]
Saya memilih surah yang suci ini daripada
kitabullah kerana ia memberi satu kesan
yang besar keatas saya dan ke atas kamu
semua dan ia membawa kesan yang besar
dan kesadaran di dalam hati orang-orang
yang beriman.
Saudaraku para mujahiddin yang berjuang
pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya
katakan kepada kamu semua? Ingin saya
nyatakan kepada kamu: Perut kami telah
dipenuhi oleh anak-anak haram yang
dilakukan oleh para haiwan dan b@bi
yang telah memperkosakan kami. Atau
saya boleh katakan kepada kamu bahawa
mereka telah menelanjangkan kami,
meludah ke muka kami dan mengoyak ayat
al-Quran yang tergantung pada leher
kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu
memahami keadaan kami? Adakah benar
kamu tidak tahu menahu apa yang telah
berlaku kepada kami? Kami adalah adik-
adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal
kamu mengenainya kelak.
Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu
malam semenjak kami berada di penjara
ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan
b@bi tersebut untuk mengoyakkan tubuh
kami dengan rakusnya. Dan kami telah
berusaha sedaya upaya untuk melindungi
perawan kami demi kerana takutkan allah
SWT. Takutlah kamu kepada Allah!
Bunuhlah kami semua berserta dengan
mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama
dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di
sini untuk dijadikan sebagai bahan
melepas nafsu ganas mereka dengan
memperkosa kami! Ia merupakan satu
tindakan yang boleh menggoncang arasy
Allah SWT. Takutlah kepada Allah
berhubung dengan kami! Tinggalkanlah
kereta kebal dan pesawat mereka di luar
sana. Datanglah kepada kami di sini di
penjara Abu Gharaib.
Saya adalah adik-adik kamu pada jalan
Allah (Fatimah). Mereka telah
memperkosakan kami lebih dari sembilan
kali dalam satu malam. Bolehkah kamu
memahaminya? Bayangkanlah salah
seorang daripada adik-adikmu
diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak
boleh membayangkannya, sedangkan saya
adalah adikmu. Bersama-sama saya
terdapat 13 orang gadis yang lain,
kesemua mereka belum berkahwin.
Kesemua mereka telah diperkosakan
dihadapan mata dan telinga setiap orang.
Mereka tidak membenarkan kami
menunaikan solat. Mereka membuang
pakaian kami dan tidak membenarkan
kami memakainya. Semasa saya menulis
surat ini, salah seorang daripada gadis
tersebut telah membunuh diri. Beliau telah
diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang
tentara telah memukul dada dan
pinggangnya setelah beliau
memperkosakannya. Beliau telah dijadikan
mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau
telah menghantuk kepalanya ke dinding
sehingga beliau mati, kerana beliau tidak
dapat menahannya lagi, walaupun
membunuh diri adalah haram menurut
Islam. Tetapi saya memaafkan gadis
tersebut. Saya juga berharap agar Allah
SWT mengampun segala dosanya, kerana
Dia adalah Maha Pengampun!
Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan,
takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami
bersama-sama dengan mereka agar kami
dapat menikmati keamanan. Tolonglah!
Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]
Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang
seramai 100 pejuang mujahiddin
melancarkan serangan besar-besaran ke
atas penjara Abu Gharaib, memaksa
tentera kafir AS berselindung di dalam
berek mereka dalam kawasan penjara.
Pejuang mujahiddin telah melancarkan
mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera
kafir Amerika. Orang ramai berkumpul
secara beramai-ramai di luar penjara,
bimbang jika mortar tersebut mengenai
para tawanan yang berada di dalam
penjara tetapi mereka telah diberi jaminan
oleh pejuang mujahiddin yang berkata
bahawa mereka tahu kedudukan penjara
tersebut.
Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad
melaporkan bahawa pejuang mujahiddin
telah berjaya memusnahkan sebahagian
besar dinding penjara, menyebabkan
lubang sebesar empat meter di dalam dan
di luar pagar yang mengelilingi penjara
tersebut.
Nasib Fatima dan lain-lain gadis
bersamanya masih belum dapat diketahui.
Pada nota terakhir, seorang individu telah
menjawab surat Fatima semalam dalam
halaman web Ansar dengan menulis:
“Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang
sebenarnya. Hanya lelaki yang sebenar
sahaja boleh menjawab tangisan kamu
memohon pertolongan. Kami tidak
mempunyai bekalan yang cukup beberapa
hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku.”
Komen seperti inilah yang menunjukkan
betapa kurangnya maruah dan
tanggungjawab umat Islam pada hari ini.
Kami di LADANG WEB telah beberapa kali
mendedahkan perbuatan perkosaan ke
atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika
(yang masih dianggap wira oleh
kebanyakan umat Islam di dunia ini)
semenjak mereka memijakkan kaki mereka
ke bumi Iraq, tetapi tidak dipedulikan.
Kami merasa amat kecewa dan gagal
menerima surat seperti yang dituliskan
oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu
lebih ramai lagi Fatima yang telah
diperkosa di penjara di Iraq dan
Afghanistan dan ramai lagi adik-adik
perempuan atau anak-anak perempuan
kita yang diperkosa dengan zalim dan
mereka tidak dapat melawannya. Apakah
yang perlu kita lakukan untuk menjadikan
suara-suara mereka dapat didengar dan di
manakah wira-wira Islam untuk
mempertahankan maruah mereka?
Sebelum ini, pada satu ketika dulu,
keagungan dan dan maruah telah
diintegrasikan ke dalam kehidupan umat
Islam sebagai sebahagian dari sistem
Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai
contoh, seorang lelaki telah mengikat
hujung pakaian seorang wanita Islam
kepada kerusi semasa beliau sedang
membeli belah dan apabila beliau bangun,
sebahagian daripada kemaluannya telah
terdedah. Beliau menjerit, “Wa
Mu’atasima”, dan seruannya telah sampai
kepada pengetahuan khalifah. Khalifah
telah menulis surat kepada ketua gereja
dengan berkata:
“Kepada anjing Rome, saya akan datang
kepada kamu dengan tentara-tentara kami
di mana barisan hadapannya berada di
pintu-pintu kami dan barisan belakangnya
berada di sini.”
Inilah merupakan maruah dan keagungan
yang bertindak ke atas sesuatu tindakan
yang tidak sampai kepada tahap
perkosaan. Mereka telah menghantar satu
bala tentera dan bukannya 100 pejuang.
Hari-hari tersebut merupakan hari di mana
seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah
diri anda dan dimanakah kedudukan iman
anda.

No comments:

Post a Comment