Monday, March 4, 2013

LAHAD DATU : PENGGODAM MALAYSIA DAN FILIPINA BUAT SERANGAN SIBER




BERITA : 

PETALING JAYA: Serangan siber menular antara penggodam Malaysia dan Filipina pada hujung minggu, mencerminkan pertempuran darat di Sabah pada Jumaat dan Sabtu.

Penggodam yang didakwa daripada kumpulan penggodam Malaysia dan Filipina, Anonymous menyerang laman-laman web di kedua-dua negara.

Ia dipercayai merupakan serangan secara maya dilakukan oleh rakyat Malaysia, beberapa jam selepas insiden tembak-menembak yang berlaku antara polis dan kumpulan bersenjata Sulu pada Jumaat.




Satu mesej ditulis dalam bahasa Tagalog dipaparkan di laman Facebook milik Anonymous Malaysia pada hari berkenaan yang memberi amaran kepada Filipina bahawa mereka akan mengadakan serangan.

Blog Filipina, Pinoy Tech News yang pertama dilaporkan terdapat beberapa laman web kerajaan mereka diserang oleh perkhidmatan penafian (DoS). 


Beberapa laman web lain turut terjejas. 

Penggodam Filipina kemudian membalasnya, menyerang dan merosakkan beberapa laman web persendirian dan milik Kerajaan Malaysia.

Sesetengah mereka mendakwa telah menggodam laman-laman web kerajaan, dan mengumumkannya di Facebook mengenai eksploitasi mereka.

Mereka juga menggesa para pengikutnya untuk melancarkan serangan DoS terhadap laman web tempatan.

Satu kenyataan yang didakwa dilakukan oleh Anonymous menggesa penggodam dari kedua-dua negara untuk bertenang.


“Perang maya tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada kita tetapi akan memberikan tanggapan yang salah... Marilah kita membantu kedua-dua Filipina dan Malaysia supaya bersatu, tiada sebab untuk bermusuhan,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amiruddin Abdul Wahab berkata, kerajaan turut menyedari perkara itu, namun beliau enggan mengulas lanjut.

No comments:

Post a Comment