Thursday, December 13, 2012

Sifat Sombong Sifat Yang Rugi ~ Tp Apakah Punca Sifat-Sifat Sombong Yang Sebenar ?


6 PUNCA PARA MANUSIA MELETAKKAN KESOMBONGAN MELEBIHI KESEDERHANAANNYA ~

ILMU - 
" Tidak bergunalah seseorang manusia itu menjadi bijak pandai, jika dia sombong & bongkak dengan kelebihan pengetahuan yang dimilikinya "
* Bijak Pandai tetapi susah nak kongsi ilmu, Riak dan bercakap besar

KETURUNAN -
" Iman manusia tidak boleh diwarisi, walau dari seorang ayah yang bertakwa "
" Kekayaan Dunia tidak menjamin Kebahagiaan di Akhirat jika tidak menggunakannya kearah dan tujuan yang baik "
* Sombong kerana berasal dari keluarga Kaya Raya dan keluarga yang memiliki nama yang baik

KECANTIKAN -
" Kecantikan tidak akan kekal selamanya di dunia ini kerana ia akan hilang dimamah masa yang mendatang "
* Berasa bangga dengan paras rupa yang kacak/cantik dimilikinya

KUASA -
" Manusia akan berubah apabila dia memiliki kuasa dan bersikap riak dengan kedudukan yang dimilikinya "
* Kuasa yang dimilikinya menyebabkan dia lupa siapa diri dia sebelum ini, dan sentiasa merasa dirinya terlalu agung dari orang lain

KEKAYAAN -
" Kekayaan Dunia tidak menjamin Kebahagiaan di Akhirat jika tidak menggunakannya kearah dan tujuan yang baik "
* Bagi-nya, Harta yang dimiliki mampu membeli apa saja, Termasukkan Jiwa Manusia itu sendiri

KENALAN -
" Berkawanlah dengan orang yang baik maka kearah kebaikkan kita akan dipimpin oleh mereka, Dan janganlah berkawan dengan orang yang jahat maka sifat jahatnya akan mempengaruhi kita "
* Berasa Bangga kerana berada disekeliling orang yang Pandai, Kaya dan Berkuasa, kerana kedudukan itu baginya mustahil untuk orang lain.



" Jangan kamu berlagak sombong. Takbur. Kerana kesombongan kamu itu takkan mampu untuk menembusi bumi, menyamai tinggi gunung ganang. "
-Surah al isra', 37 
So ingin Berubah ? jgn Follow Twitter tapi Follow yang ini Okay ^_^


Baca dan Fahamilah maksud ayat =) Moga Maju Jaya !



#pesanan untuk semua umat islam dan yang bukan islam serta untuk diri penulis sendiri........

In Sya Allah ..





No comments:

Post a Comment