Saturday, December 8, 2012

Kehilanganmu Telah Membawa Aku Dekat Kepadamu Kerana Allah S.W.T

Assalamualaikum . ucapan Takziah kepada Encik Johan sekeluarga diatas 

pemergian anakandanya Arwah Yasmin J hunwick ke Rahmatullah pada 3 jun


 2012 jam 11.50 mlm yang lalu .








Aku tidak kenal siapa gadis ini ,


Secara tiba-tiba namanya berada didepan mataku,


Ingin saja aku abaikan semuanya,


Adakah ini kebetulan atau satu khayalan ?

Dan tiba-tiba hatiku berbisik,


" Kamu perlu tahu siapa gadis ini, Kenapa kamu harus mengenalinya, Kenapa Allah S.W.T mengirimkan berita tentangnya sedangkan kamu tidak pernah mengenali siapa gerakan pemilik nama tersebut "


Dan aku mula percaya dia adalah insan yang dikirim Allah S.W.W untukku,


Apa tujuannya ?


Aku tidak tahu,


Tanganku meluncur laju menaip namanya,


" Apa pun caranya aku harus mencari identiti gadis itu ! "

Dan aku akhirnya menemui Jejaknya, 

Blognya yang disusun rapi penuh inspirasi,


Tiba-Tiba,


Mataku tertumpu pada satu arah dan jantungku seperti terhenti seketika,


" Aunty ucapkan T. Kasih kepada semua kerana sudi bertanya khabar, memberi ucapan takziah dan moral support kepada kami. Al-Fatihah buat Along... Yasmin johan @ Yasmin j Hunwick "


Hatiku mula sebak dan tanpa aku sedari aku mula mengalirkan air mata,


Tapi mengapa harus aku bersedih ?


Walaupun aku tidak pernah mengenalinya,


Tapi firasatku mengatakan dia adalah sebahagian dari perjalanan hidupku,


Yang mana kita pernah bertemu suatu ketika dahulu,


Dimana dan Bila aku tidak tahu ?



Walaupun diriku kesal terlewat untuk mencarimu,


Namun diriku harus redha atas pemergianmu,


Hanya doa yang bisa kukirimkan untukmu,


Yang pasti, takkan ku biarkan kisahmu berlalu,


Sebaliknya menjadi panduan untuk hidupku,


Mengenali mu adalah takdir-NYA untukku.



#Keajaibannya adalah aku menemui kisahmu pada 7 Disember 2012 iaitu pada hari Ulangtahunku yang ke-20, Dimana sekarang aku baru memulakan pengajian di UUM, Sintok, Kedah iaitu negeri tempat tinggalmu, aku menganggap pertemuan ini adalah hadiah harijadi untukku dari Allah S.W.T untuk dijadikan panduan hidupku dimasa yang akan datang, In Sya Allah =) 




DEDIKASI KHAS UNTUK : ARWAH YASMIN HUNWICK , 
Berterima Kasih kepada Allah S.W.T kerana membenarkan aku mengenalimu.


Blog Arwah Yasmin Hunwick


http://www.misschronicz.blogspot.com/


#Jika ingin mengetahui Kisah sebenar disebalik kemalangan arwah, malah merungkai persolan mengenai sifat sebenar arwah dibalik tuduhan-tuduhan yang tidah benar tentang arwah bolehlah mengunjungi Blog-Blog rakan Arwah ini .

http://initentangaku-initentangaku.blogspot.com/2012/09/lagenda-selepas-mahsuri.html
http://msmypalestine.blogspot.com/2012/11/kau-pergi-jua.html
http://dreamz7seven.blogspot.com/2012/11/menghitung-dan-mengenang-apa-yang-di.html

Semoga Roh Arwah Yasmin dicucuri Rahmat-Mu Ya Allah, In Sya Allah =)

No comments:

Post a Comment